Sunday, August 7, 2016

Lirik Lagu Akim The Majistret Hanya PadaMu

Lirik Lagu Akim The Majistret Hanya PadaMu

Dalam pekatnya malam Aku terjaga
Diempit dosa Tersempuh ku menghadapMu
Inikah perasaan Bila Kau menyapa
Baru ku sedari Dari tidurku

Pantas aku kesana
Tinggalkan semua
UntukMu

Hanya padaMu Ku ingin kembali
Pintaku hanyalah Ampunilah dosaku ini
Berilah daku Keluasana kasih dan sayangMu
Jangan tinggalkanku Sendiri Ampunilah aku

Berapa banyak Kau beri Tidak ku syukuri
Ku tetap berpaling MenjauhiMu

Pantaskah aku kesana
Tinggalkan semua
UntukMu

Hanya padaMu Ku ingin kembali
Pintaku hanyalah Ampunilah dosaku ini
Berilah daku Ketulusan kasih dan sayangMu
Jangan tinggalkanku Sendiri Ampunilah aku

Setiap nafas yang Ku hela
Adalah dengan izinMu
Setiap Rahmat yang kau berikan
Takkan ku persiakan lagi

Hanya padaMu Ku ingin kembali
Pintaku hanyalah Ampunilah dosaku ini
Berilah daku Ketulusan kasih dan sayangMu
Jangan tinggalkanku Sendiri Ampunilah aku


Wednesday, August 3, 2016

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET KEPADA PELAJAR

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET KEPADA PELAJAR

Internet merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang terbesar di dunia yang memungkinkan kita saling bertukar informasi mahupun data maklumat. ’Dunia Tanpa Sempadan’ adalah satu istilah yang sinonim dengan internet.  Penggunaan jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di era zaman moden ini. Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah muncul kesan daripada pembangunan sains dan teknologi. Kemajuan teknologi semakin berkembang pesat dan maju dari hari ke hari. Segala kemudahan ini telah menjadikan kehidupan manusia maju ke hadapan.Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Sama juga seperti internet, ia juga mempunyai kebaikan dan juga keburukan jika menggunakannya terlalu kerap ia akan mengakibatkan ketagihan.
   Antara kebaikan penggunaan internet kepada pelajar ialah melalui internet, kita akan menerima maklumat dengan mudah dan pantas. Carian maklumat juga tidak dihadkan. Maklumat carian juga bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar rajah mahupun jadual, carta grafik, audio, animasi dan lain lain dalam bentuk media elektronik.  Melalui cara ini, pelajar lebih didedahkan kepada World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Dengan ini, pelajar tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka boleh melayari internet di mana sahaja untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan dengan kadar segera. Malah,penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos perbelanjaan dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Sebagai contoh, jika pelajar mahu membuat rujukan tetapi tidak mencukupi wang untuk membeli buku, mereka boleh melayari internet sahaja untuk mencari sumber rujukan yang betul dan relevan. Dalam masa yang sama, ini dapat menjimatkan kos dan masa. Ia juga tidak membebankan pelajar mahupun mengganggu pembelajaran mereka.
   Selain itu,  pelajar juga dapat menambah kenalan daripada penggunaan internet. Hal ini kerana laman social seperti Facebook dan Twitter kini telah menjadi virus epidemik dalam kalangan pelajar di seantera dunia. Oleh itu, pelajar boleh bertukar-tukar maklumat mahupun pendapat melalui kenalan daripada laman sosial. Tambahan pula, pelajar boleh menggunakan internet sebaik-baiknya dengan mencari pelbagai latihan untuk dijadikan latihtubi untuk persediaan peperiksaan. Malah  jika pelajar stress dengan pembelajaran mahupun ujian dan peperiksaan mereka boleh mencari hiburan yang mampu mengurangkan stress mereka walaupun untuk seketika di internet.
   Di sebalik kecanggihan internet yang banyak memberikan kebaikan selaras dengan perkembangan semasa namun banyak juga keburukan yang boleh didapati di internet yang boleh meracuni minda pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa kawalan.  Keseronokan menonton bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks bebas. Selain itu, internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang input. Masa yang patut diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya.
   Seterusnya, penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan  tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Pelajar kini lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Malah  pelajar akan jadi malas kerana badan tidak aktif sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosotkan prestasi pelajar sewaktu di dalam kelas.  Di samping itu, hal ini juga akan melahirkan pelajar yang kurang inovatif kerana kokurikulum menggalakkan aktiviti berpersatuan. Persatuan amatlah penting untuk pelajar supaya lebih bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi. Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, penggunaan internet tanpa had juga mendedahkan pelajar kepada jenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodam dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah. Di samping itu, isu ini akan mempengaruhi minda pelajar dengan kenyataan kenyataan yang salah dari kenyataan yang tidak sepatutnya. Jenayah siber ini juga boleh merosakkan minda pelajar dari segi politil, terlalu banyak isu politik yang palsu terdedah di internet mengakibatkan tanggapan remaja kepada ahli politik menjadi negatif serta merta. Ia akan melahirkan pelajar yang tidak produktif hasil dari penipuan di internet.
   Kesimpulannya, pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda  atau pelajar. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Oleh itu, pihak tertentu perlulah mengambil tindakan untuk mengawal secara rapi penggunaan internet dalam kalangan pelajar supaya pelajar tidak cenderung kepada masalah social. Malah, dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif internet ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia. 


Sunday, July 31, 2016

Demam Denggi

Demam Denggi

Mutahir ini, isu penyakit demam denggi kian hari kian meruncing. Kadar kematian akibat penyakit demam denggi juga mencapai paras yang membimbangkan. Banyak nyawa yang tidak berdosa telah diragut oleh penyakit ini. Jika hal ini berterusan lagi, teruk padahnya kepada individu mahupun masyarakat dan negara. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya isu ini? Apakah pula langkah yang perlu kita ambil untuk mengatasinya?

Sebagaimana yang kita maklum, sikap manusia yang tidak bertanggungjawab merupakan faktor utama yang menyumbang kepada isu ini. Kita selalu meninggalkan bekas-bekas di luar rumah untuk menakung air. Kita sering membiarkan semak-samun tumbuh berkeliaran(merata-rata) tanpa menguruskannya. Longkang kita selalunya tersumbat dan sampah-sarap bertimbun di depan rumah kita. Apakah yang telah kita lakukan? Sikap (Perbuatan)kita telah membina(menyediakan) satu habitat yang sesuai untuk pembiakan nyamuk aedes. Adakah ini yang kita mahukan?

Kita sering membaca di dada-dada akhbar tentang kematian kanak-kanak kecil akibat penyakit demam denggi. Lazimnya, hal ini disebabkan oleh kelalaian orang dewasa dalam menangani perkara ini. Masyarakat kita kurang mempunyai kesedaran tentang kebahayaan(bahaya) dan akibat penyakit demam denggi. Oleh itu, kita selalunya akan sedar akan kelalaian kita apabila ahli keluarga kita dijangkiti demam denggi seperti kata sudah terhantuk baru tergadah. Kekesalan tidak akan membawa apa-apa makna lagi.

Jangka hidup jejentik nyamuk aedes sangat lama. Menurut suatu kajian, jejentik boleh hidup selama 9 minggu tanpa air. Jejentik juga boleh hidup dalam air bersih mahupun air yang kotor. Kadar pembiakan nyamuk aedes juga sangat pantas. Oleh sebab itu, bilangan nyamuk aedes yang banyak ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kitar hidup nyamuk aedes dan sifat jejentik nyamuk aedes yang boleh hidup dalam jangka masa yang lama menyebabkan penularan demam denggi di luar kawalan.

Pelbagai langkah yang efisien ( efektif) haruslah diambil untuk menangani masalah ini. Langkah pertama adalah bermula dari rumah. Bekas-beksa yang boleh menakung air haruslah selalu dibersihkan dan ditutupi dengan penutup. Kalau boleh, bubuhlah ubat nyamuk(jejentik iaitu temephos) dalam kolah air dan tempayan air untuk membunuh jejentik. Selain itu, semak-samun hendaklah dicantas dan halaman rumah hendaklah sentiasa kekal bersih dan kemas. Penggunaan penyembur aerosol juga dapat mengurangkan bilangan nyamuk aedes dan sebaik-baiknya digunakan pada waktu senja kerana pada masa itu nyamuk aedes paling aktif mencari mangsa.

Langkah-langkah di atas sahaja belum mencukupi untuk mengatasi pembiakan nyamuk aedes dan penularan penyakit demam denggi. Kesedaran tentang kepentingan membasmi jejentik nyamuk aedes dalam kalangan masyarakat harus dipertingkatkan lagi. Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Kempen-kempen telah diadakan dan mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat. Di samping itu, pemantauan hendaklah dijalankan secara konsisten di kawasan hitam.

Kementerian Kesihatan harus menyiasat (menjalankan pemeriksaan) di kawasan perumahan yang mempunyai penghuni yang dijangkiti penyakit demam denggi. Pemeriksaan dijalankan secara kerap untuk mengingatkan para penghuni peri pentingnya menghapuskan nyamuk aedes. Pegawai kesihatan juga boleh memberi amaran dan mendidik penghuni-penghuni di kawasan perumahan tentang langkah efektif mengawal penularan demam denggi.Semburan kabus dilakukan terutamanya di kawasan hitam yang sering dilanda penyakit demam denggi.

Media massa merupakan wahana yang cukup efektif dalam menyampaikan maklumat dan informasi kepada masyarakat. Kempen-kempen yang dilancarkan oleh pihak kerajaan haruslah disiarkan pada waktu primer agar semua lapisan masyarakat tahu dan sedar akan penularan penyakit demam denggi. Hukuman dan denda yang bakal dikenakan oleh pihak Kementerian Kesihatan juga harus disiarkan untuk memberi kesedaran kepada semua bahawa tanggungjawab menghapuskan nyamuk aedes bukan tanggungjawab pihak tertentu tetapi memerlukan kerjasama erat daripada semua.

Kesimpulannya, nyamuk aedes bukan haiwan peliharaan, hapuskan nyamuk aedes sebelum maut bertandang. Untuk merealisasikan matlamat ini, segenap lapisan masyarakat hendaklah bersinergi bagai aur dengan tebing dalam menangani penyakit yang masih tidak ada penawarnya. Dalam hal ini, iltizam dan komitmen masyarakat amatlah vital dan begitu signifikan untuk menjamin kita hidup dalam persekitaran yang bebas daripada ancaman nyamuk aedes.

KARANGAN - SEMANGAT KEBANGSAAN

KARANGAN - SEMANGAT KEBANGSAAN
                      Bagai mencurahkan air ke daun keladi. Begitulah senario yang dapat digambarkan dalam usaha kerajaan untuk memupuk semangat kebangsaan . Semangat kebangsaan atau nasionalisme dapat ditakrifkan sebagai wujud rasa cinta dan sayang terhadap tanah air sendiri. Namun kini ramai generasi muda di negara kita kurang mempunyai semangat kebangsaan dan menjadi lumrah terutamanya dalam kalangan generasi muda yang dilahirkan sebelum kemerdekaan.Menurut Perdana Menteri,semangat nasionalisme dalam kalangan setiap insan di negara kita amat diperlukan agar negara dapat menjapai kejayaan dipersada antarabangsa dan setaraf dengan negara yang pesat memebangun bak kata pepatah Melayu 'duduk sama rendah,bediri sama tegak'. Oleh itu, kerajaan telah mengadakan pelbagai kempen untuk memupuk semangat nasionalisme. Namun kempen yang diimplementasikan menjadi kurang ampuh disebabkan oleh sikap masyarakat yang tidak lagi menyanjung prinsip dimana bumi dipijak ,di situ langit dijunjung. Ironisnya, apakah punca-punca yang menyebabkan fenomena ini berlaku.

                           Punca dominan yang ditelusuri melalui kajian dan dianggap signifikan yang menyebabkan keadaan ini brlaku ialah kurang tersemai nilai nasionalisme dalam diri mereka kerana mereka tidak pernah mengalami dan merasai susah payah membebaskan negara daripada cengkaman penjajah .Hal ini demikian kerana mereka tidak merasai pahit maung yang dialami oleh tokoh  nasionalis kita.generasi muda ini dilahirkan semasa negara kita dalam keadaan aman damai serta mengalamipertumbuhan ekonomi yang amat pesat . Negara kita pada zaman pascamoden ini boleh dikatakan berdiri sama tegak, duduk sama rendah dengan negara-negara yang telah lama mencapaikemerdekaan daripada kita, tamsilnya Australia, Jepun, Koreadan China. Oleh hal yang demikian, generasi muda perlu mengharhai pengorbanan tokoh-tokoh nasionalis kita. Sebagai contoh, Tok Janggut, Dato Bahaman, Dato Maharaja Lela dan lain-lain lagi. Jangan tanya apa yang nagara buat untuk anda, tetapi tanya apayang anda buat untuk negara. Oleh itu, kemewahan dan kesenangan yang mengakibatkan generasi yang lahir selepas kemerdekaan nipis semangat nasionalis dalam diri mereka.

                          Selain itu, sistem pendidikan yang dipraktikan di negara kita kurang memberi penekanan ke arah melahirkan generasi cinta akan negara. Mengapa  dikatakan begitu ? Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah hanya menekankan aspek 3M. Lanjutan daripada KBSR Kementerian Pelajaran pula melaksanakan pula Kurikulum Bersepadu pada tahun 1993. Oleh hal yang demikian, kedua-dua kurikulum ini menjurus ke arah kecemerlangan dalam peperiksaan .Begitu juga untuk mendapat tempat di sekolah-sekolah yang berprestij seperti Maktab Rendah Sains Mara dan sekolah-sekolah menengah berasrama penuh menjadikan kelulusan yang cemerlang sebagai kayu pengukur. Dalam pada  itu, mata pelajaran khusus untuk memebina dan menyemai semangat nasionalis kurang diberi penekanan. Fenomena ini boleh diibaratkan sebagai sikap remaja yang alur bertempuh, jalan berturut. Jelaslah bahawa, generasi muda kurang mempunyai semangat kebangsaan disebabkan oleh sistem pendidikan yang dipraktikan di negara kita kurang memberi penekanan ke arah generasi yang cinta akan negara.

                         Sehubungan dengan itu,setiap penyakit tentu ada penawarnya. Oleh itu Kementerian Pelajaran wajar menubuhkan jawatankuasa bagi mengkaji dan merombak semula kurikulum pendidikan yang sedia ada di negara kita.Untuk mencapai sesuatu yang tinggi, kita perlu memulakan daripada yang rendah.Oleh hal yang demikian, mata pelajaran Sejarah dan Pendidikan Moral perlu diajar kepada para pelajar sejak sekolah rendah lagi kerana melentur buluh biarlah daripada rebungnya.Kesan daripada sistem pendidikan menyebabkan para pelajar bersikap acuh tak acuh terhadap kedua-dua pelajaran tersebut. Sistem pendidikan yang tidak mantap merupakan satu elemen yang menipiskan nasionalisme dalam kalangan generasi kini. Sebagai contoh, para pelajar akan didedahkan mata pelajaran kenegaraan sejak peringkat sekolah rendah dan berterusan hingga keperingkat pengajian tinggi.Terbukyilah bahawa segala perbuatan kita akan mencorakkan masa depan generasi kita.

                             Sementelahan, media massa baik media bercetak mahupun elektronik memainkan perenan penting ke arah melahirhan masyarakat yang cinta akan negara. Hal ini kerana modus operandi yang diambil oleh Kementerian Penerangan untuk menyalurkan bantuan kepada pengusaha filem berunsurkan penerangan semangat kebangsaan bertepatan sekali dan patut diberi pujian. Usaha ini dapat diimplementasikan secara berkesan lagi melalui bantuan orang ramai sekurang-kurangnya dapat membuka mata dan minda golongan muda betapa sukarnya orang-orang dahulu berjuang untuk mencapai kemerdekaan.Melalui saluran daripada media massa golongan muda juga dapat melihat dengan lebih dekat keperitan hidup orang dahulu yang berada di bawah naungan kuasa penjajah. Berpegang pada prinsip biar mati seperti kutu,jangan mati seperti tuma, stesyen televisyen  perlu menyiarkan lebih banyak cerita yang bertemakan semangat kebangsaan. Sudah terang lagi bersuluh bahawa media massa memberi keinsafan kepada generasi muda agar timbul rasa sayang akan negera sendiri.         

                    Di samping itu, kerajaan perlu mengimplementasikan kempen diperingkat kebangsaan . Kempen yang dilancarkan perlu diadakan secara berterusan dan menyeluruh .Hal ini kerana kempen yang dilancarkan hanya terhad di kawasan bandear sahaja .Fenomena ini menyebabkan golongan muda di luar bandar kurang mendapat pendedahan. Sebagai contoh, Kempen Cinta Akan Negara yang dilaksanakan hanya tertumpu di kawasan bandar sahaja. Usaha ini dapat dijayajan lagi dengan membuat iklan melalui brosur dan media massa. Walaubagaimanapun kerajaan perlu mengadakan pelbagai aktiviti melalui kempen tersebut sperti ceramah diluar bandar dan pusat bandar,pertandingan mendeklamasikan sajak dan sebagainya untuk menarik minat golongan muda. Cendekiawan terkemuka iaitu Ibnu Khaldun bahawa tiada manusia yang berjaya sampai ke gunung tanpa mendakinya. Oleh itu,kerajaan perlulah berusaha mengambil modus operandi yang berbeza untuk menjayakan usaha kerajaan ini bak kata pepatah Melayu 'hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih'. Dengan itu, kerajaan perlulah mengimplementasikan kempen.
                Secara tuntasnya, kita sebagai rakyat Malaysia kita perlu melakuksn anjakan paradigmadan bertanggungjawab serta tidak boleh memandang enteng akan gejala tidak menyayangi negara sendiri. Sesungguhnya masyarakat tidak boleh memandang ringan gejala inidan harus ingat bahawa pemuda  hari ini bakal menerajui pucuk pimpinan negara kerana patah tumbuh hilang berganti. Lantaran itu, kita perlulah melahirkan warganegara yang mempunyai semangat kebangsaan kerana golongan sebeginilah mampu mengangkat martabat negara kita ke persada antarabangsa. Ingatlah lampu Aladdin tidak bersinar dengan sendirinya tetapi Aladdin yang menggosokannya terlebih dahulu.


Monday, March 14, 2016

Tuhankan Ada - Generasi Harapan | 3 Februari 2016



GENERASI HARAPAN

Lagu ini memberi semangat kepada orang yang berputus asa dengan rahmat Allah SWT...
Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya dan ibrahnya..

Monday, July 20, 2015

Jantung


1)Makna
Jantung atau dalam bahasa Inggeris dikenali sebagai heart (Latincor) merupakan organ berongga yang berfungsi mengepamdarah melalui saluran darah dengan denyutan yang sekata yang berulang-ulang. Istilah kardium bermaksud berkaitan dengan jantung, berasal dari perkataan Greek kardia untuk "jantung".
                                              Humhrt2.jpg
                                                               Jantung
2)Struktur
Dalam tubuh manusia, jantung terletak sebelah kiri sedikit dari tengah dada, dan di belakang tulang dada (sternum). Ia diselaputi oleh kantung yang dikenali sebagai perikardium dan dikelilingi oleh peparu. Secara purata, jantung orang dewasa mempunyai berat sekitar 300-350 g. Ia terdiri dari empat ruang, dua atrium di atas dan dua ventrikel di bawah.
Dinding otot yang tebal (septum) membahagikan atrium dan ventrikel kanan dari atrium dan ventrikel kiri. Ia memisahkan darahberoksigen dan terdeoksigen dari bercampur. Injap antara atrium dan ventrikel hanya membenarkan aliran darah secara satu hala dari atrium ke ventrikel.
Ventrikel adalah bahagian jantung yang mengepam darah ke seluruh tubuh termasuk paru-paru. Dinding ventrikel adalah lebih tebal berbanding atrium, dan pengecutan dinding ventrikel adalah lebih penting bagi memastikan darah mengalir.
Darah terdeoksigen dari tubuh memasuki atrium kanan melalui 2 salur, vena kava superior (superior vena cava) dan vena kava inferior (inferior vena cava). Darah kemudian mengalir ke ventrikel kanan. Ventrikel kanan mengepam darah terdeoksigen ini ke peparu melalui arteri pulmonari. Selepas darah kehilangan karbon dioksida dan menyerap oksigen dari peparu, ia mengalir melalui vena pulmonari ke atrium kiri. Dari atrium kiri, darah beroksigen dipam ke ventrikel kiri. Ventrikel kiri merupakan pam utama yang membekalkan darah melalui aorta ke seluruh tubuh kecuali peparu.
Ventrikel kiri adalah lebih tebal berbanding kanan. Ini disebabkan oleh keperluan untuk mengenakan tekanan yang tinggi bagi mengatasi rintangan yang dikenakan oleh tubuh. Ventrikel kanan hanya perlu mengepam darah ke peparu, jadi ia tidak memerlukan otot dinding yang kuat. Ini juga diperlukan kerana dua sebab lain: 1) kapilari peparu adalah lemah; tekanan tinggi akan merosakkan kapilari tersebut dan 2) aliran darah yang perlahan adalah diperlukan bagi memberi masa untuk pertukaran gas antara darah dan peparu.
Dinding jantung terdiri daripada tiga lapisan. Lapisan terluar dikenali sebagai perikardium (pericardium), lapisan tengah dipanggilmyokardium (myocardium), dan lapisan terdalam dipanggil endokardium (endocardium). Perikardium boleh dibahagikan lagi kepada dua lapisan iaitu fibrous pericardium (luar) dan serous pericardium (dalam). Myokardium adalah lapisan yang paling tebal dan terdiri daripada otot jantung. Ia membentuk majoriti keseluruhan dinding jantung. Endokardium merupakan lapisan terdalam yang terdiri daripada sel epitelium leper dan tisu penyambung.
Bekalan darah yang banyak diperlukan untuk membekalkan nutrien, terutama oksigen, kepada jantung. Darah ini dibekalkan oleharteri koronari kiri dan kanan, yang bercabang keluar dari aorta. Bekalan darah kepada jantung dipanggil kitaran darah koronari.
3)Kitar Kordiak
Setiap degupan jantung melibatkan turutan yang dikenali sebagai "kitar kardiak". Ia terbahagi kepada tiga bahagian: "sistol atrium" (atrial systole), "sistol ventrikel" (ventricular systole) dan "diastol kardiak sepenuhnya" (complete cardiac diastole). Sistol atrium adalah pengecutan kedua-dua atrium, sistol ventrikel adalah pengecutan kedua-dua ventrikel, manakala diastol kardiak pula merupakan pengenduran keseluruhan otot-otot jantung.
Apabila sistol atrium berlaku, injap atrioventrikular (atrioventricular valves) akan terbuka. Darah dipam masuk ke dalam ventrikel. Apabila sistol atrium berakhir, sistol ventrikel pula bermula. Tekanan tinggi dalam ventrikel menyebabkan injap atrioventrikular tertutup, dan injap sabit (semilunar valves) terbuka. Ini menyebabkan darah hanya dipam ke dalam aorta dan arteri pulmonari tetapi tidak ke dalam atrium.
Diastol kardiak berlaku setelah darah dipam keluar dari jantung. Pada masa ini, darah di dalam aorta akan mengalir balik ke dalam jantung, tetapi ini tidak berlaku kerana penutupan injap sabit.
Bunyi jantung yang kita dengari adalah disebabkan oleh penutupan injap atrioventrikular (bunyi pertama - Lubb) dan penutupan injap sabit (bunyi kedua - Dupp).

4)Penyakit Berkaitan Jantung
Bidang kajian mengenai jantung dikenali sebagai kardiologi. Penyakit penting bagi jantung termasuk:
  • Penyakit jantung koronari merupakan kekurangan bekalan oksigen kepada otot jantung Ia menyebabkan sakit dada teruk dan ketidak selesaan yang dikenali sebagai angina.
  • Myocardial infarction atau umumnya dikenali sebagai sakit jantung berlaku disebabkan kematian sel jantung akibat kitaran darah kepada jantung terganggu. Penyakit jantung koronari yang berterusan akan menyebabkan sakit jantung.
  • Congestive heart failure atau kegagalan jantung adalah kehilangan daya pam jantung.
  • Endokarditismyokarditis dan perikarditis adalah keradangan jantung.
  • Arrhythmia kardiak (cardiac arrhythmia) adalah ketidaktentuan degupan jantung.
Sekiranya arteri koronari tersumbat, tempat masalah boleh dipintas dengan pembedahan pintas arteri koronari (coronary artery bypass surgery) atau ia boleh diluaskan melalui kaedah angioplasty.
Beta blocker adalah dadah yang merendahkan kadar degupan jantung dan tekanan darah dan mengurangkan keperluan jantung untuk oksigen. Nitroglycerin dan bahan lain yang membekalkan nitrik oksida (NO) digunakan untuk merawat sakit jantung kerana ia menyebabkan pengembangan arteri koronari.
Perentak jantung buatan (artificial pacemaker) diimplan ke dalam jantung pesakit yang mengidap arrhythmia.
Pemindahan jantung dilakukan terhadap pesakit yang mengidap penyakit jantung koronari atau kegagalan jantung tahap akhir.

Friday, July 3, 2015

Makanan Diet Seimbang

Pola makan seorang atlet tidak hanya berfungsi untuk menjaga kesihatan tetapi juga untuk mendukung performasi ketika bersukan, membantu proses pemulihan setelah berlatih, dan boleh menentukan gagal atau suksesnya suatu lomba. Berikut adalah beberapa contoh makanan dengan nutrisi yang diperlukan atlet.

Pasta gandum utuh
Pasta gandum utuh
1. Pasta dan Roti Gandum UtuhBaik Untuk Atlet Kerana: Atlet memerlukan banyak karbohidrat kompleks sebagai bahan bakar aktifitas. Roti dan pasta merupakan pilihan yang bagus namun tidak semua jenis memberikan gizi yang sama. Gandum utuh adalah biji-bijian yang melalui proses minimum sehingga nutrisi dan serat alami yang terkandung di dalamnya cenderung utuh dan tidak terbuang dalam metode penggilingan. Jika dibandingkan dengan roti atau pasta putih, roti dan pasta gandum utuh mengandung lebih banyak gizi dan kandungan seratnya yang tinggi membantu merasa kenyang  lebih lama. Masukan Dalam  Pola Makan: Siapkan  persediaan roti, pasta, sereal, beras merah/coklat.


Telur
Telur
2. Telur Baik Untuk Atlte Kerana: Satu butir telur memenuhi 10% keperluan protein harian. Asid amino yang terkandung dalam telur juga membantu proses pemulihan otot. Selain itu telur memberikan 30% keperluan harian vitamin K yang penting untuk kesihatan tulang. Masukan Dalam  Pola Makan: Telur rebus, telur orak-arik, telur dadar, telur goreng, ada begitu banyak cara menyiapkan telur. Telur boleh dimakan bila-bila saja sepanjang hari, baik ketika sarapan, makan siang maupun makan malam.


Kacang-kacangan
Kekacang-
3. Kekacang Baik Untuk Atlet Karena: Kekacang yang telah dimasak dan dikeringkan seperti kacang jogo, lentil, garbanzo dan kapri kaya akan protein dan serat, merupakan sumber zat besi dan rendah lemak.Masukan Dalam  Pola Makan: Kacang-kacangan merupakan bahan yang tepat untuk sup dan semur. Nasi merah dan lauk kacang-kacangan adalah contoh menu sederhana yang kaya karbohidrat dan  protein.


Salmon
Salmon
4. Salmon Baik Untuk Atlet Kerana: Ikan salmon mengandung protein tinggi dan salah satu sumber terbaik untuk lemak omega-3 yang penting untuk perkembangan dan fungsi otak. Omega-3 juga membantu mencegah penyakit jantung dan darah tinggi. Salmon memiliki kandungan tinggi protein, vitamin A, B, dan D, serta berbagai mineral yang penting untuk tubuh. Masukan Dalam  Pola Makan: Salmon merupakan daging ikan yang mudah diolah – cukup bumbui dengan daun rempah-rempah dan dipanggang, dibakar, atau direbus. Bahkan salmon siap saji dalam kaleng bisa digunakan dalam salad, roti lapis, dan sup.


Ubi manis
Ubi manis
5. Ubi Manis Baik Untuk Atlet Kerana: Ubi manis mengandung karbohidrat kompleks, vitamin A, vitamin C, anti oksidan, potasium, dan zat besi.Masukan Dalam  Pola Makan: Sesuai namanya, ubi manis memiliki rasa manis sehingga tidak memerlukan banyak bahan untuk memberikan rasa enak. Ubi manis bisa dipanggang dalam microwave dengan sedikit margarin atau mentega dan siap dimakan. Atau mereka juga dipotong kecil-kecil dan dipanggang seperti kentang goreng.


Yogurt rendah lemak
Yogurt rendah lemak
6. Yogurt Rendah Lemak Baik Untuk Atlet Kerana: Yogurt rendah lemak merupakan sumber protein, karbohidrat kompleks, serta kalsium yang penting bagi pelari terutama mereka yang beresiko mengalami fraktur stres. Masukan Dalam  Pola Makan: Konsumsi satu paket kecil yogurt rendah lemak sebagai camilan sebelum makan siang atau sebelum makan malam. Smoothies juga merupakan camilan sehat di sela waktu makan atau sebagai sarapan: campur dan haluskan yogurt, es batu, buah-buahan favoritmu atau bahkan sayuran.


Pisang
Pisang
7. Pisang Baik Untuk Atlet Kerana: Sumber karbohidrat dan potasium yang diperlukan  pelari untuk menggantikan kandungan yang hilang melalui tenaga. Potasium juga membantu mengatur kontraksi otot dan mencegah crame. Pisang merupakan makanan yang aman diperlukan sebelum berlari kerana sangat jarang menimbulkan masalah pencernaan. Masukan Dalam  Pola Makan: Pisasng mudah dikonsumsi sebagai camilan atau sebagai bahagian dari menu makan. Tambahkan pisang ke dalam sereal atau smoothie.


Selai kacang
Selai kacang
8. Selai Kacang Baik Untuk Atlet Kerana: Selai kacang memiliki rasa dan efek yang mengenyangkan, berguna bagi pelari yang ingin menurunkan berat badan. Kandungan protein dan seratnya memberikan rasa kenyang tanpa menggemukan tubuh – kecuali anda mengkonsumsinya secara berlebihan setiap hari. Selai kacang juga merupakan sumber protein yang baik.Masukan Dalam  Pola Makan: Pilihlah selai kacang yang dibuat alami tanpa tambahan bahan-bahan kimia, rendah gula dan rendah garam atau sodium. Walaupun selai kacang tinggi lemak, lemak tersebut adalah jenis yang baik untuk tubuh dan rendah kolesterol. Selai kacang dengan roti gandum merupakan pilihan yang baik untuk menu sarapan.


Wortel
Wortel
9. Wortel Baik Untuk Atlet Kerana: Mengandung vitamin A yang mendukung sistem imun. Wortel memberikan kesan kenyang dan rendah kalori sehingga dapat menjadi camilan sehat untuk dimakan bila-bila saja sepanjang hari. Masukan Dalam  Pola Makan: Rebus wortel muda sebagai camilan sebelum makan malam bila anda sudah merasa lapar. Hal ini dapat mencegah anda makan berlebihan di saat makan malam.


Quinoa
Quinoa
10. Quinoa Baik Untuk Atlet Kerana: Bila bosan dengan pasta, quinoa dapat menjadi alternatif yang baik. Tinggi akan karbohidrat kompleks dan protein, 6 ons quinoa mengandung 132 kalori, 23 gram karbohidrat kompleks, 4 gram protein, dan 2 gram lemak tak tepu.Masukan Dalam  Pola Makan: Quinoa dimasak dan dikonsumsi sama seperti nasi. Pasangkan dengan ikan atau ayam, atau jadikan bagian dari salad.