Demam Denggi
Mutahir ini, isu penyakit demam denggi kian hari kian meruncing. Kadar kematian akibat penyakit demam denggi juga mencapai paras yang membimbangkan. Banyak nyawa yang tidak berdosa telah diragut oleh penyakit ini. Jika hal ini berterusan lagi, teruk padahnya kepada individu mahupun masyarakat dan negara. Apakah faktor yang menyebabkan berlakunya isu ini? Apakah pula langkah yang perlu kita ambil untuk mengatasinya?
Sebagaimana yang kita maklum, sikap manusia yang tidak bertanggungjawab merupakan faktor utama yang menyumbang kepada isu ini. Kita selalu meninggalkan bekas-bekas di luar rumah untuk menakung air. Kita sering membiarkan semak-samun tumbuh berkeliaran(merata-rata) tanpa menguruskannya. Longkang kita selalunya tersumbat dan sampah-sarap bertimbun di depan rumah kita. Apakah yang telah kita lakukan? Sikap (Perbuatan)kita telah membina(menyediakan) satu habitat yang sesuai untuk pembiakan nyamuk aedes. Adakah ini yang kita mahukan?
Kita sering membaca di dada-dada akhbar tentang kematian kanak-kanak kecil akibat penyakit demam denggi. Lazimnya, hal ini disebabkan oleh kelalaian orang dewasa dalam menangani perkara ini. Masyarakat kita kurang mempunyai kesedaran tentang kebahayaan(bahaya) dan akibat penyakit demam denggi. Oleh itu, kita selalunya akan sedar akan kelalaian kita apabila ahli keluarga kita dijangkiti demam denggi seperti kata sudah terhantuk baru tergadah. Kekesalan tidak akan membawa apa-apa makna lagi.
Jangka hidup jejentik nyamuk aedes sangat lama. Menurut suatu kajian, jejentik boleh hidup selama 9 minggu tanpa air. Jejentik juga boleh hidup dalam air bersih mahupun air yang kotor. Kadar pembiakan nyamuk aedes juga sangat pantas. Oleh sebab itu, bilangan nyamuk aedes yang banyak ini bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Kitar hidup nyamuk aedes dan sifat jejentik nyamuk aedes yang boleh hidup dalam jangka masa yang lama menyebabkan penularan demam denggi di luar kawalan.
Pelbagai langkah yang efisien ( efektif) haruslah diambil untuk menangani masalah ini. Langkah pertama adalah bermula dari rumah. Bekas-beksa yang boleh menakung air haruslah selalu dibersihkan dan ditutupi dengan penutup. Kalau boleh, bubuhlah ubat nyamuk(jejentik iaitu temephos) dalam kolah air dan tempayan air untuk membunuh jejentik. Selain itu, semak-samun hendaklah dicantas dan halaman rumah hendaklah sentiasa kekal bersih dan kemas. Penggunaan penyembur aerosol juga dapat mengurangkan bilangan nyamuk aedes dan sebaik-baiknya digunakan pada waktu senja kerana pada masa itu nyamuk aedes paling aktif mencari mangsa.
Langkah-langkah di atas sahaja belum mencukupi untuk mengatasi pembiakan nyamuk aedes dan penularan penyakit demam denggi. Kesedaran tentang kepentingan membasmi jejentik nyamuk aedes dalam kalangan masyarakat harus dipertingkatkan lagi. Kerajaan memainkan peranan yang penting dalam hal ini. Kempen-kempen telah diadakan dan mendapat sambutan yang hangat daripada masyarakat. Di samping itu, pemantauan hendaklah dijalankan secara konsisten di kawasan hitam.
Kementerian Kesihatan harus menyiasat (menjalankan pemeriksaan) di kawasan perumahan yang mempunyai penghuni yang dijangkiti penyakit demam denggi. Pemeriksaan dijalankan secara kerap untuk mengingatkan para penghuni peri pentingnya menghapuskan nyamuk aedes. Pegawai kesihatan juga boleh memberi amaran dan mendidik penghuni-penghuni di kawasan perumahan tentang langkah efektif mengawal penularan demam denggi.Semburan kabus dilakukan terutamanya di kawasan hitam yang sering dilanda penyakit demam denggi.
Media massa merupakan wahana yang cukup efektif dalam menyampaikan maklumat dan informasi kepada masyarakat. Kempen-kempen yang dilancarkan oleh pihak kerajaan haruslah disiarkan pada waktu primer agar semua lapisan masyarakat tahu dan sedar akan penularan penyakit demam denggi. Hukuman dan denda yang bakal dikenakan oleh pihak Kementerian Kesihatan juga harus disiarkan untuk memberi kesedaran kepada semua bahawa tanggungjawab menghapuskan nyamuk aedes bukan tanggungjawab pihak tertentu tetapi memerlukan kerjasama erat daripada semua.
Kesimpulannya, nyamuk aedes bukan haiwan peliharaan, hapuskan nyamuk aedes sebelum maut bertandang. Untuk merealisasikan matlamat ini, segenap lapisan masyarakat hendaklah bersinergi bagai aur dengan tebing dalam menangani penyakit yang masih tidak ada penawarnya. Dalam hal ini, iltizam dan komitmen masyarakat amatlah vital dan begitu signifikan untuk menjamin kita hidup dalam persekitaran yang bebas daripada ancaman nyamuk aedes.

No comments:
Post a Comment