Sunday, August 7, 2016

Lirik Lagu Akim The Majistret Hanya PadaMu

Lirik Lagu Akim The Majistret Hanya PadaMu

Dalam pekatnya malam Aku terjaga
Diempit dosa Tersempuh ku menghadapMu
Inikah perasaan Bila Kau menyapa
Baru ku sedari Dari tidurku

Pantas aku kesana
Tinggalkan semua
UntukMu

Hanya padaMu Ku ingin kembali
Pintaku hanyalah Ampunilah dosaku ini
Berilah daku Keluasana kasih dan sayangMu
Jangan tinggalkanku Sendiri Ampunilah aku

Berapa banyak Kau beri Tidak ku syukuri
Ku tetap berpaling MenjauhiMu

Pantaskah aku kesana
Tinggalkan semua
UntukMu

Hanya padaMu Ku ingin kembali
Pintaku hanyalah Ampunilah dosaku ini
Berilah daku Ketulusan kasih dan sayangMu
Jangan tinggalkanku Sendiri Ampunilah aku

Setiap nafas yang Ku hela
Adalah dengan izinMu
Setiap Rahmat yang kau berikan
Takkan ku persiakan lagi

Hanya padaMu Ku ingin kembali
Pintaku hanyalah Ampunilah dosaku ini
Berilah daku Ketulusan kasih dan sayangMu
Jangan tinggalkanku Sendiri Ampunilah aku


Wednesday, August 3, 2016

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET KEPADA PELAJAR

KEBAIKAN DAN KEBURUKAN INTERNET KEPADA PELAJAR

Internet merupakan rangkaian maklumat antarabangsa yang terbesar di dunia yang memungkinkan kita saling bertukar informasi mahupun data maklumat. ’Dunia Tanpa Sempadan’ adalah satu istilah yang sinonim dengan internet.  Penggunaan jaringan internet kini semakin meluas ke serata dunia di era zaman moden ini. Pada masa kini, pelbagai kemudahan telah muncul kesan daripada pembangunan sains dan teknologi. Kemajuan teknologi semakin berkembang pesat dan maju dari hari ke hari. Segala kemudahan ini telah menjadikan kehidupan manusia maju ke hadapan.Setiap sesuatu benda atau perkara itu pasti ada kebaikan dan keburukannya. Sama juga seperti internet, ia juga mempunyai kebaikan dan juga keburukan jika menggunakannya terlalu kerap ia akan mengakibatkan ketagihan.
   Antara kebaikan penggunaan internet kepada pelajar ialah melalui internet, kita akan menerima maklumat dengan mudah dan pantas. Carian maklumat juga tidak dihadkan. Maklumat carian juga bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam bentuk bergambar rajah mahupun jadual, carta grafik, audio, animasi dan lain lain dalam bentuk media elektronik.  Melalui cara ini, pelajar lebih didedahkan kepada World Wide Web (www) untuk mencari maklumat yang dikehendaki. Dengan ini, pelajar tidak perlu ke perpustakaan kerana mereka boleh melayari internet di mana sahaja untuk mendapatkan maklumat yang mereka mahukan dengan kadar segera. Malah,penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos perbelanjaan dan juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Sebagai contoh, jika pelajar mahu membuat rujukan tetapi tidak mencukupi wang untuk membeli buku, mereka boleh melayari internet sahaja untuk mencari sumber rujukan yang betul dan relevan. Dalam masa yang sama, ini dapat menjimatkan kos dan masa. Ia juga tidak membebankan pelajar mahupun mengganggu pembelajaran mereka.
   Selain itu,  pelajar juga dapat menambah kenalan daripada penggunaan internet. Hal ini kerana laman social seperti Facebook dan Twitter kini telah menjadi virus epidemik dalam kalangan pelajar di seantera dunia. Oleh itu, pelajar boleh bertukar-tukar maklumat mahupun pendapat melalui kenalan daripada laman sosial. Tambahan pula, pelajar boleh menggunakan internet sebaik-baiknya dengan mencari pelbagai latihan untuk dijadikan latihtubi untuk persediaan peperiksaan. Malah  jika pelajar stress dengan pembelajaran mahupun ujian dan peperiksaan mereka boleh mencari hiburan yang mampu mengurangkan stress mereka walaupun untuk seketika di internet.
   Di sebalik kecanggihan internet yang banyak memberikan kebaikan selaras dengan perkembangan semasa namun banyak juga keburukan yang boleh didapati di internet yang boleh meracuni minda pelajar masa kini. Antara keburukan internet terhadap pelajar ialah mereka bebas melayari laman web tanpa kawalan kerana internet dikatakan dunia tanpa sempadan. Bahan-bahan lucah sering menjadi kegilaan remaja kerana dapat dilayari tanpa kawalan.  Keseronokan menonton bahan lucah mendorong individu menjadi gila seks selain perlakuan ini bakal mengundang perlakuan seks bebas. Selain itu, internet juga dapat melekakan seseorang pelajar daripada fokus kepada proses pembelajarannya. Pelajar banyak menghabiskan masa dengan melayari laman web yang berbentuk hiburan semata-mata hanya untuk keseronokan yang tidak mendatangkan sebarang input. Masa yang patut diperuntukkan untuk mengulang kaji pelajaran terbuang begitu sahaja dengan melayari laman sosial seperti facebook,twitter dan sebagainya.
   Seterusnya, penggunaan internet secara berlebihan dan tanpa kawalan juga menyebabkan remaja menjadi malas untuk bergiat aktif dalam aktiviti kokurikulum. Aktiviti kokurikulum seperti bersukan dan berpersatuan dapat menyihatkan badan  tidak mendapat sambutan daripada pelajar. Pelajar kini lebih suka menghabiskan masa di hadapan komputer. Malah  pelajar akan jadi malas kerana badan tidak aktif sewaktu di dalam kelas. Hal ini tidak sepatutnya berlaku kerana ia akan merosotkan prestasi pelajar sewaktu di dalam kelas.  Di samping itu, hal ini juga akan melahirkan pelajar yang kurang inovatif kerana kokurikulum menggalakkan aktiviti berpersatuan. Persatuan amatlah penting untuk pelajar supaya lebih bertanggungjawab dalam menguruskan organisasi. Selain menjadikan remaja malas mengikuti aktiviti kokurikulum, penggunaan internet tanpa had juga mendedahkan pelajar kepada jenayah siber. Jenayah siber ini terdiri daripada unsur penipuan, kerosakan atau pengubahsuaian program atau data komputer, pencurian maklumat, penggodam dan lain-lain. Oleh hal yang demikian, pelajar akan melakukan jenayah siber terhadap institusi mereka sendiri atau mereka diupah dan dipergunakan oleh pihak tertentu untuk melakukan jenayah. Di samping itu, isu ini akan mempengaruhi minda pelajar dengan kenyataan kenyataan yang salah dari kenyataan yang tidak sepatutnya. Jenayah siber ini juga boleh merosakkan minda pelajar dari segi politil, terlalu banyak isu politik yang palsu terdedah di internet mengakibatkan tanggapan remaja kepada ahli politik menjadi negatif serta merta. Ia akan melahirkan pelajar yang tidak produktif hasil dari penipuan di internet.
   Kesimpulannya, pengaruh ICT dalam tahap kemodenan dan kehidupan masa kini tidak dapat dielakkan dan mempunyai pengaruh yang besar dalam kehidupan khususnya generasi muda  atau pelajar. Ianya telah menjadi sebahagian daripada kehidupan moden kini yang akan terus meningkat penggunaan dan pengaruhnya dari masa ke semasa. Oleh itu, pihak tertentu perlulah mengambil tindakan untuk mengawal secara rapi penggunaan internet dalam kalangan pelajar supaya pelajar tidak cenderung kepada masalah social. Malah, dasar-dasar kerajaan berkaitan dengan pendidikan dan budaya mestilah juga meletakkan isu salah guna dan kesan negatif internet ini sebagai suatu yang penting bagi pemodenan dan pembangunan Negara bangsa Malaysia.